- akak memang seorang yang mengada dan manja. haa! puas hati adik-adik sekelian?
- 'date' pada masa yang tepat memang boleh menghilangkan bad mood
- korang sure ckp akak LAME tapi W.E. laaaa ~akak dah kenyang... hahaha
Sunday, 31 May 2009
akak mengada
I want to be there again!












Thursday, 28 May 2009
I'm back!
yela.. yela.. akak update la nih. selepas seminggu penuh di brisbane, banyak yang akak still nak kena adjust:
- Dgn cuaca malaysia nih. panas sangat! masa akak kat sana, suhu waktu siang lebih kurang 22 ke 24 deg Celcius. (mirah dgn akim dah belaja pasal temperature ke?) pastu waktu malam dlm 18-2-deg C. balik umah terus 30 deg C! macam yang akak citer pada mirah, hidung akak berdarah malam lepas balik umah tu.. huhu!
- Pastu time table tido pon lari2 sket. kol 10malam macam dah ngantuk sangat sebab kat Brisbane dah kol 12. tapi pagi bangun kol 5pagi segar2 pulak sebab kat sana dah kol 7 pagi. tapi mirah pon pagi tadi terjaga kol 5 jugak kan.. pastu tido balik and terlambat bangun (tapi takla lambat sangat) nak pegi sekolah.. hehehe! boleh la mirah pon duduk kat Brisbane kan mirah kan!
okay, meh akak tunjukkan tempat2 best yang akak pegi masa kat sana pada korang supaya ayor liyor meleleh sebab jeles nak pegi jugak. muahahah!
Tempat pertama ialah: MOvie WOrld
Ala… tapi takyah la jeles. Sebabnye, akak tangkap gambar kat luar jek nih. Nak jimat duit, tak masuk pon Movie World. :p
Tempat kedua: North Stradbroke Island
Yang nih pulak pulau yang kena naik ferry nak sampai sana. Masa korang datang Brisbane dulu tak sempat nak pegi kan.






Cantikkan tempat nih? Kalau pegi masa bulan September ke oktober ke nanti boleh tengok dolphin banyak-banyak dan ikan paus. So, kalau ayah nak bawak pegi jalan Brisbane, kita plan pegi bulan 10 nak? J
Tempat yang ketiga: Byron Bay, NSW
Masa nak pegi tempat nih, ada la banjior sket. Tapi naseb baikla kat atas jalan tak teruk sangat. So, akak, abang farid dan kawan-kawan akak yang comel bernama Izy dan Nurul pon berjayalah sampai ke Byron Bay nih. Dia ada satu rumah api (haritu akak lupa apa rumah api dalam English, akak sebut Fire house! Hahaha! Lepas tu baru abang farid ckp, Light House daaaa :p) yang cantik terletak di tempat yang paling timur di tanah Australia ni.







Cukuplah dulu dengan tiga tempat yang best ini untuk membuatkan adik-adikku sekalian iri hati. He!he!he!
Fakta rawak
Iaitu sama dengan Random facts. sementara akak bermasalah nak siapkan entry pegi Brisbane, mehla akak buat iklan selingan dengan fakta2 rawak yang akak dapat dari "Libra" (atau dikenali sebagai Virgo oleh ikah ha!ha!ha! ia adalah teman kepada wanita di masa-masa kritikal) Fakta 1: Kanak-kanak berumur 6 tahun ketawa secara purata sebanyak 300 kali sehari. Orang dewasa ketawa 15-100 kali sahaja sehari. - makin tua, makin orang jadi serius la plak kan. lagi satu maybe sebab budak kecik gelak comel... orang tua kang ada gigi-gigi tak cukup ke ape, nampak bughok benor le pulak gelak2. ha!ha!ha! Fakta 2: Oyster (tiram ke dalam bahasa malaysia? lupa la plak) selalunya mempunyai dua jantina. Pada permulaan hidupnya, oyster adalah jantan (male), kemudian dia akan berubah menjadi betina (female). dia juga boleh berubah2 jadi jantan dan betina banyak kali sepanjang hidup. - wahla.. transformer+nyah = transfonyah. tapi apa ciri2 oyster betina/jantan? tapi kalau orang ada yang macam ni boleh konpius kita semua. Fakta 3: Suhu terpanas yang pernah direkodkan ialah 57.78 deg pada 13 September 1992 di Azizia, Libya. - jadinye, setakat panas kat Malaysia nih takdela panas sangat pon kan.. bersyukurla adik-adikku sekalian. janganla on aircond kat rumah tu 24 jam. bukan korang nak tolong bayar bil pon! pastu ais dlm peti ais tuh kalo dah nak habeh korang makan, tolongla top up okeh! kalo tak akak anta korang pegi melancong ke Libya... hahaha! Sekianlah iklan tajaan Libra a.k.a Virgo. :p |
Wednesday, 13 May 2009
POYO
hehe! nih memang post yang tak ilmiah langsung. sekadar ingin eksyen dengan kamil.
Yes kamil, akak punye blog hit 1000 dah! (since 1st April 2009)
|
Tips menjadi Pengerusi Majlis (MC)
(hemsem kan? hehe.. bukan yang pakai kot brown/grey tuh... yang pegang beg hitam merah tu laaaa... hehehehhe!)
okeh. gambar di atas tiada kena mengena dengan topik perbincangan akak pada hari ini. gambar sebagai hiasan. akak sebenarnye nak pastikan memori akak sebagai pengerusi majlis masa KBAZ nih ada dalam blog ni. so, akak pon rasa nak tulis la tips-tips yang akak dapat masa nak jadi MC nih kan. jadi, dengan segala hormatnya, dipersilakan akak untuk menaip:
Okeh. itu saja yang akak nak share hari ni. terimalah juga beberapa gambar KBAZ untuk kenang-kenangan... :)
para petugas siapkan bahan nak masukkan dalam beg
Dr. Azzam Tamimi
Dr. Azzam Tamimi dan Dr. Mohsen Soleh relax2 minum kopi before masuk
Dr Azzam dengan SAHIBUS SAMAHAH Dr. Juanda Jaya, Mufti Negeri Perlis (haaa yang nama nihla dok practice banyak kali tuh!) |
Sunday, 10 May 2009
Akim!
Happy birthday! dah 10 tahun dah kan?? umurnye dah besor. tapi perangai macam baby!
dah.. jangan ngada-ngada lagi. sila jadi budak yang baik mcm kakak2 dan abang2.
main game DOTA tuh tak elok sebenarnye. takyahla asek nak main game tu.
akim kena dapat nombor satu dulu waktu periksa, baru dapat hadiah.... (dari sekolah... hahaha!)..
okeh.. selamat hari jadi lagi skali! |
Saturday, 9 May 2009
Mak ke na tengok ni! :)
oh don't be jealous!
Tuesday, 5 May 2009
Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg
Dey! apa akak buat tajuk macam merapu-rapu dah ni. sudah gila ke akak? atau terlalu stress? atau menghadapai masalah dalaman? mungkin itulah yang difikirkan oleh adik-adik akak yang tengah baca blog ni. akak tak gila! akak tak ada masalah mental! akak cuma nak kenalkan nama salah sebuah tasik di Amerika. serius! sangat sangat serius! kalau tak percaya boleh klik di sini atau di sini. walaupon tak de description atau gambar tentang tasik ini, tapi terbukti la kewujudannya. sampaikan surat khabar di Malaysia pon ada artikel tentang tasik ni: --------------------------- Nama unik tarik pelancongTasik chargoggagoggmanchauggagoggchaubu-naguhgamaugg , itulah nama sebuah tasik yang terletak di pekan webster, massachusetts, Amerika Syarikat. Tasik ini yang mempunyai keluasan 1,442 ekar telah diambil namanya dari bahasa puak Red Indian, Nipmuc yang dikatakan bermaksud "tempat memancing di kawasan sempadan". Namun terdapat pelbagai versi dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud "Awak memancing di sebelah awak, saya memancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah". ---------------------------- Itulah sahaja kemaskini akak di dalam blog pada hari ini. Pengajaran:
|
Sunday, 3 May 2009
Al-Fatihah...
Makluman kepada adik dan abang yang di kejauhan... Pak Long meninggal pagi tadi di IJN. last 2 weeks lebih kurang, paklong ada masuk IJN. siap kena resuscitate dgn yg machine nak gegarkan jantung tuh. then the next day doctor bleh bagi balik. semalam Paklong masuk balik IJN. tau-tau pagi ni dah takde. (T_T). Bacalah Al-Quran dan hadiahkan pahala kepada PakLong... |